Entry: A tale to remember... Tuesday, April 15, 2008



    Salam. Syukur alhamdullillah..dah hampir 2 minggu or to be exact 11 days kami menerima anggota keluarga baru. Syukur alhamdullillah, auni sofia officially dah jadi kakak sejak 2 minggu lepas. Akif Hilmi selamat dilahirkan pada 5 April (4 weeks earlier) jam 7.15 petang. Betul kata orang, pengalaman melahirkan anak berbeza-beza. Ingat 2 setengah tahun yang lalu, waktu Auni lahir, mama memang boleh berlagak kata tak serik, tapi dengan kelahiran akif ni, first word yang mama cakap ngan da da lepas keluar dari OT hari tu adalah cukuplah 2 orang ni. Sungguh ia suatu trauma. Akif memang ada problem sejak 5 bulan kehamilan. First time mamaonie admitted ke hospital sebab problem leaking waterbag atau bahasa perubatannya PROM. Since then, everyweek follow up kat hospital. Everyweek, amik test darah untuk TCA and everyweek dipujuk rayu oleh doktor utk stay di ward memandangkan problem tu tak jugak solve. Banyak sangat tekanannya. Banyak sangat perkara yang menakutkan kami. Doktor takut paru-parunya tak leh survive sbb biasa dalam keadaan stiff disebabkan hidup dalam kekurangan bendalir amnion, risiko utk cord prolapse etc. Macam-macam mamaonie dan da da belajar dari pregnancy ni. Mungkin sebab life kami yang macam ni, weekend couple, mama perlu uruskan onie yang kecil lagi sorang-sorang so pregnancy ni memang nampak bermasalah.
    Then on exactly 36 weeks, my last antenatal check up, doktor semua decide mama di induce. tak mo amik further risiko. Takut baby sebenarnya dah kena sub klinikal infection. Infection yang tak dapat di trace dengan ujian klinikal lagi. Kami redha waktu tu. So, mamaonie admitted on thursday then on saturday around 10 am, mamaonie di induce.
    Sungguh rasa sakit natural dengan induce ni lain. Bukan sebab berbeza hospital tapi memang lain betul pengalaman. Rasa lebih kuat kali ni. Walau dah mula rasa sakit, tapi makan tetap berselera, solat semua tu macam biasa. Keadaan jadi panik bila nurse check kata ada sesuatu tak kena. they called the doctor then doctor pecah kan ketuban terus masuk labour room. 2 and half hour later, they decide my baby have to be delivered through c-sect. They cann't wait any longer since heatrbeat baby dah tacky. Rasa nak pengsan waktu tu. itu memang perkara yang paling mamaonie tak mo lalui. Rasa diri kuat utk delivered normal, tapi sebab menanggung sakit waktu, (macam-macam wayar dah masuk waktu tu), plus tak mo selfish kesiankan baby so nak tak nak terpaksa setuju. Some people mungkin lega kalau dah penyelesaiannya begitu, tapi siapa tahu rezeki mamaonie lagi teruk lepas tu. memang pengalaman lepas tu buat kita rasa trauma yang amat sangat. kalau setengah orang salahkan staff di sana, tapi bagi kami itu adalah rezeki kami. dah lama sangat kami berulang-alik ke sana. dah kenal kebanyakkan doktornya, nurse dan lain-lain pegawai perubatan. mereka memang bekerja dengan efficien dan layan kami sangat baik. apa yang jadi pada malam itu adalah rezeki kami, nasib kami.
    Siapa tahu operation yang biasanya amik masa 1 jam tapi berlarutan hampir 2 jam setengah bagi mamaonie. banyak sangat complication yang takut utk diceritakan satu persatu. Dengan bius yang tak jalan, baby terbelit tali pusat dan internal bleeding, pengalaman keluar dari OT memang satu kelegaan bagi mamaonie. Tolonglah Ya Allah. tak mahu lagi kami tempuhi. cukuplah ini sekali. yang pertama dan terakhir. Andai dikurniakan lagi rezeki cahaya mata buat kami, biarlah ia dilahirkan normal dan biarlah jaraknya jauh dari yang ini. Rasa takut tu kadang-kadang buat mamaonie menggigau tengah-tengah malam lagi. Terasa seperti masih di OT.
    Sekarang, Akif Hilmi sihat berada bersama kami. Moga ia membesar menjadi anak soleh yang baik dan pintar. Azabnya seorang ibu melahirkan anak memang telah kami pelajari. Moga ini suatu pengalaman berguna, beri peluang kami muhasabah diri atas segala yang terjadi.
    Buat da da auni dan akif, mamaonie nak amik kesempatan ucap terima kasih kerana sentiasa di sisi. Tanpa da da, tak mungkin mama mampu lalui. Moga putera puteri kita menambahkan lagi keceriaan bukan sahaja untuk kita berdua, tapi ahli keluarga yang lain. Moga kehadiran cucu sulung lelaki ini, membesar menjadi orang berguna.ia sesungguhnya suatu pengalaman yang tak mungkin dilupa. Takut untuk diingati tapi banyak memeberi pengajaran buat kami. Moga Allah mempermudahkan hidup kami selepas ini.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments