Entry: life is beautiful... Wednesday, October 31, 2007



   Salam.. .Dah lama nak tulis entry ni. tapi setiap kali ilham datang mesti ada jer halnya. Sama ada black out atau keje yg tetiba menimbun atau upacara makan-makan yang tak sudah kat sini. Anyway tak silap hari ni baru 19 syawal. Dengan kemeriahan syawal yang dah tak berapa rasanya, onie sekelurga amik kesempatan nak ucapkan selamat hari raya dan mohon maaf zahir batin. Raya memang the best moment utk da da dan mamaonie (mama la especially). Cuma tahun ni, kemeriahan raya macam tak sekata. Ditambahkan lagi da da dah kena kembali bertugas nuun di atas gunung, so macam mandom jugak la raya tahun ni rasanya. Collection onie pun tak sehebat tahun lepas. Banyak faktor menyumbang keadaan ni sebenarnya. tapi tengoklah sampai hujung syawal nanti macam mana. 
   Tahun ni kononnya berkobar nak buat open house. Maklumlah majlis naik rumah (house warming) pun kami tak buat lagi. Tapi disebabkan banyak sangat halangan, kami rasa open house kami di luar bulan syawal la. Mungkin untuk krismas, raya haji or tahun baru. Tengok la nanti. Cuma weekend ni adalah jugak upacara makan-makan untuk sahabat terdekat. tak sampai 10 orang pun. Ni terpaksa buat, sebab depa semua buat then sibuk suruh jugak buat. So, nasiblah korang makan pe nanti. Memang tak de makanan raya lah jawabnya, tengoklah tahap kerajinan mama dan da da onie nanti. Ni pun private function. Hopefully tak de lah terlepas cakap kat sesape yang kiterorg tak invite. Tak mampu dek badan nak ajak ramai-ramai. Banyak hal. Da da pun tak leh cuti lama, lagi la mama malas nak ajak ramai-ramai. Harap-harap majlis tu nanti berjalan dengan lancar. Aminnn.. .
   Sejak dari raya rasanya macam-macam perkara berlaku sekeliling kami. Tak tau nak mula dari mana, tapi bagi mamaonie ia betul-betul mengajar kita sesuatu. Dengan meriahnya raya, cuti lama dapat berkumpul adik-beradik, lepas tu tetiba da da kena bekerja semula. Rasa macam tunggang langgang hidup semula. Nak dekat sebulan da da  bersama kami sentiasa, so biler da da kena balik bertugas memang first few days mama rasa down sangat. Rasa kosong yang lain betul. Onie toksah cakplah, tak berenti tanya da da nya kat mana. Sekarang rasanya perlahan-lahan dah boleh adapt semula situasi. Sebab da da memang tak leh lama-lama kat sini, tahun ni mama banyak jugak ke open house kawan-kawan seorang diri. kalau layan betul perasaan memang sedih jugak, tapi malas nak pikir. Selalu kena ingat da da ada tanggungjawab lain. Mama dan Onie kena redha dengan semua tu.  Harap-harap tak berpanjangan la keadaan  ni. Mama sangat berharap, kalau boleh da da dah kembali bertugas di sini tahun depan. Yup, for everyone yang tak tahu lagi (most people have already know) Insya Allah Onie akan jadi kakak tahun depan. This time tak sure sangat mama pregnant berapa bulan. Tapi kalau ikut Dr around 3 bulan. So, maybe dalam bulan April tahun depan kami akan menerima kehadiran orang baru. This is why mama sangat-sangat perlukan da da di sisi. Tak dapat nak imagine nak jaga dua anak seorang diri. Cuma betul lah depa cakap, Allah sentiasa melindungi kita. Pregnancy kali ni, eventhough sorang2 mama rasa kuat sket. Tak melepek sangat macam masa Onie dulu. Harapnya kekuatan ni berkekalan la hingga baby ni selamat dilahirkan. Aminn... .
   So, back to the raya story, beside citer sedih kena being apart semula dengan da da, apa yang berlaku dengan orang-orang rapat di sekeliling kami juga buat mama terpikir sesungguhnya hidup ini memang indah. Di kala usia senja, hidup pun dah dikelilingi cucu-cucu, masih diperlukan belaian dan perhatian macam baby. Merajuk dengan pasangan tentang perkara-perkara kecil sampai berminggu-minggu pun masih boleh terjadi. Mula-mula perkara ni buat mamaonie marah jugak, kenapa nak diperbesarkan perkara yang kecil, tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya mungkin inilah yang orang kata asam garam kehidupan. Lagi satu betul agaknya, hidup ini satu putaran roda. Sampai masanya mungkin kita akan berperangai macam baby semula. Perlukan perhatian lebih dari semua orang di sekeliling kiter. Tak lupa jugak kisah lelaki yang dah janji bertaubat, tak nak ulangi kesilapan lalu tapi masih tergamak melukakan hati pasangan. Ini pun hidupnya dah diperingkat senja. Dikelilingi cucu-cucu jugak. Tak faham or sebenarnya dah penat melayan kisah sebegini. Kalau betul lah keseronokan begitu masih dicari, bagi mamaonie biarkan saja. Tak ke mana sudahnya seronok tu. Tak faham jugak kenapa gadis yang masih terlalu muda, mungkin lagi muda dari kami boleh rasa ingin berdampingan dengan lelaki yang terlalu tua. Apa keserasian yang dicari? duit semata-mata? Semestinya generasi berbeza punya minat yang berbeza. Macam mana hidup dengan mereka yang tak punya minat yang sama dengan kita, kemudian corak kehidupan yang semestinya berbeza. mungkin jugaklah si lelaki yang berjiwa muda. sebab tu bagi mereka mudah kalau nak teruskan kehidupan bersama. Adoiii...penat kalau diingatkan perkara ni. Gossip yang tak sudah-sudah jugak menambahkan kemriahan aidilfitri tahun ni. Gossip insan biasa dengan vip berkeluarga memang selalu dapat perhatian. Cuma tak disangka ia berlaku pada sahabat yang amat rapat. Susah nak dinasihatkan kalau hati tengah berbunnga. Tapi disebabkan pengalaman sahabat baik juga, mamaonie nasihatkan pada mana-mana girls yang hadapi situasi macam ni fikirlah sewajarnya. Kalau betul hati kata suka, terimalah lelaki itu walau betapa usianya. Dah penat orang sekeliling mengata. Kalau kita memang jadi isterinya setidak-tidaknya kita tak rugi apa-apa. Tapi kalau tak ke mana hubungan itu, orang tetap akan menyalahkan kiter sebab se jejaka sudah berkeluarga. Tapi kalau memang hati tak mahu, amiklah langkah drastik dengan jangan melayan langsung dia. Buatlah apa saja, agar jejaka tak teruskan langkah seterusnya. Banyak sangat mangsa keadaan macam ni yang kiter dah jumpa. selalunya biler ia terjadi yang teruk di kata perempuan. Bukan lelaki. Yang terima akibat hingga usia mencecah senja juga perempuan, bukan lelaki. Dia dah berkeluraga. Punya isteri dan anak-anak, so dalam hal sebegini memang tak rugi apa-apa. perempuan juga yang menjadi mangsa. Aiii tolonglah ya Allah, lindungilah kami kaum wanita yang lemah ini. Ni semua antara cerita yang mengundang pelbagai emosi pada mamaonie. Mungkin jadinya di bulan syawal yang warna-warni, maka warna-warna cerita ni lagilah menyerlah nampaknya. Kisah sedih dalam berita yang selalu buat mama sedih. Kisah kejayaan angkasawan pertama kiter yang menggembirakan seluruh negara, buat mamaonie terpikir hidup ini memang cantik perjalananya. Life is beautiful. Cara kiter lihat dan alami sahaja menentukan bagaimana meriahnya hidup yang direncanakan oleh Ilahi. Entahlah, moga kiter tabah hadapi semua yang terjadi dan sentiasa di bawah lindunganNya.
   Oklah tak mo merepek panjang. Nak sambung kerja yang bertimbun terbelangkai. Kerja-kerja kat opis ni pun selalu menyesak jiwa dan raga. Mohon pada Ilahi agar semua dipermudahkan. Till then, tata.

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments