<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, September 19, 2007
selamat hari jadi sayang... .

   Salam. Yesterday was 6th day of Ramadhan and also a big day for my little princess. Her 2th birthday. Since Da da is not around, we are not celebrating anything. Bangun pagi, dia bukak je mata mama dah nyanyikan lagu happy birthday. Dalam senyum-senyum, terpisat-pisat mengantuk lagi auni boleh sambung tido semula. Sampai la petang, balik dari kerja, auni pakai baju baru. Hadiah dari mama tuti baby sitter dia. Lepas berbuka, bila mama dah rasa segar sket, mama nyanyi semula lagu tu baru la terasa sebaknya. I pretend to be strong but i can't. It just to pity to see my dotter celebrating her birthday alone. without cake or any special meal (dia mmg jenis tak makan sangat pun!), prizes from us etc. mama just feel so helpless nak celebrate birthday onie sorang-sorang. What make me cry yesterday ialah bila onie excited sangat nyanyi lagu tu. sampai berulang-ulang kali. if only she knew, yesterday is her birthday. And what make me cry harder, when her little mouth said ' Sian Mama dada work'. Ya Allah, does she really know what i'm feel rght away. Memang sebak sungguh. call dada dan terus nangis. Actually nangis sbb sedihatas byk reason. kena berbuka dan bersahur sorang diri macam ni. ditambahkan lagi birthday auni. mama tau da da pun macam tu, bersahur dan berbuka sorang-sorang jugak, tapi tak paham kenapa hati ni tak redha dengan semua keadaan ni. Bulan puasa ni mmg emosional sket. kalau boleh, tak mo selalu bersendirian sbb rasa sedih tu mudah sangat datang. bayangkan apa la yang da da makan, lagi buat kiter sedih selalu. tapi macam mana pun , ini peraturan dariNya. Dia paling memahami mengapa ini semua terjadi. Tolonglah hati, tabah dan redha dengan semua ni.
   So, this friday mmg janji dengan da da dan harapnya ia dapat ditunaikan utk celebrate lagi birthday auni. Ekslusif kiterorg bertiga sahaja. But maybe, beli jugak kek utk nenek kat shah alam kot.  kat sana lagi ramai, lagi meriah kalau nk celebrate. secara kebetulan jugak, birthday onie selang sehari ngan uncle odie. so, its kind of double celebration la. lagipun nenek, autie sarah dah banyak beli hadiah kat auni. baju, kasut, beg, cd ngan patung barney (penuh dah umah ngan patung barney!). So, its kind of not really fair to left them out in celebrating auni birthday. harapnya segala yg dirancang, mampu dijalankan.
   Puasa tahun ni mmg betul-betul menguji mama onie. kalau keadaan mengizinkan, mama akan dapat puasa sebulan. tapi betul la, tak mo lagi utk yg seterusnya. bila puasa perut lapar, pening. bila kenyang berbuka pun sakit perut sbb banyak sgt angin. so, mmg helpless giler. Dan dicampur dengan rasa malas, kat opis pun mama bertekad utk mengurangkan sebanyak mungkin aktiviti bagi mengelakkan beban kepada fizikal mama. hahaha, alasan sungguh. tengoklah lepas raya nanti mungkin aktif semula di lab menyiapkan kerja-kerja. 
   nothing much to say. di kesempatan ini walau dah terlambat, nak wish selamat menyambut ramadhan buat semua. Buat Auni Sofia Saiful Zaimi, moga membesar menjadai anak soleha kebangaan semua. sentiasa hidup di bawah naunganNya dan dikurangkan la sakit yg ditanggungnya. till here, ta ta .


Posted at 19.9.07 by fadilahbakri
Comment (1)  

Tuesday, August 28, 2007
An emotional week...

   Salam. Eventhough hari ni baru hari selasa, tapi dah rasa letih sangat. maybe mentally kiter rasa penat sangat. everyday dengar citer yg menyakitkan jiwa. citer sedih and etc yg tak seronok didengar. or maybe, sebab bakal berpisah dengan puteri kesayangan lagi. walau beribu kali janji akan cuba bawak dia walau ke mana kiter pergi, tapi tak tau nape janji masih belum boleh ditunaikan. poor my little girl. life seem never fair for her. Baru nak masuk usia 2 tahun tapi rutin hidup dia selalu tak complete mcm toddlers lain. da da selalu tak de, dan sekarang mama dan da da (kedua-dua sekali!) kena pi out station lagi utk 5 hari. adooii...apa yg mampu kita lakukan. tolong la ya Allah, lindungi hidup kami. moga kami sentiasa selamat sejahtera mengharungi hidup seharian. moga mama dan onie diberi ketabahan luar biasa utk hadapi perpisahan ni nanti.
   Jauh dari onie, rasa macam separuh jiwa hilang. Onie biarpun kecil lagi mmg sumber kekuatan utama buat mamaonie. walaupun macam tak faham apa-apa, tapi hati mmg rasa tenang dan terhibur dengan dia. somehow rasa cam tak leh survive nnt kalau dia tak de, tapi come on la its only take 5 days! not 2 months like che mah ngan anak-anak. This morning berkesempatan melawat Amalia (anak bongsu che mah) kat hospital. sebab fikir nenek dia ada (which is mak che mah) je yg buat kita tahan nangis. kalau tak entahkan lagi emosional dari mak dia. poor amalia. dah la mama lambat lagi nk balik (Che mah is in China right now! she will be back end of this september) dan diuji pulak camtu. Amalia baru 11 bulan. melecur sikit kat badan ngan air panas. sungguh, kalau mamaonie diuji macam ni mmg meraung dah nk balik kat sana. tak leh nk bayangkan mcm mana nak pisah ngan onie. and its make me think, i won't accept any training courses that will be held out of malaysia if it takes a long duration. tapi betul ke? kalau dah satu arahan nk buat camner. kalau ianya dapat memperbaiki kemahiran, takkan nk ditolak peluang tu. haii..entah la. antara kerjaya dan anak. takut nk imagine kalau sungguh that thing happen. tapi tgk che mah ngan da da onie mcm seronok jer (da da lagi lagi lagi la seronok). dapat jalan tempat orang, buat kawan baru. macam da da onie sebab jauh dari family, so bebas nk buat apa-apa. dapat experience baru. tapi serius tak mo fikir sangat. kalau ada, nnt la kiter fikir macam mana.
   Then, minggu ni jadi macam kaunselor. almost everyday ada jer calling mengadu pasal ketidak jujuran dalam hubungan. Eventhough our married life tak sampai pun 3 tahun, tak tau nape org suka citer dgn kiter. Tak de la pandai sangat cakap pun. but still, everytime ada problem tu, mesti kiter antara org yg dicari. sudahnya biler dengar citer-citer camtu, buat kiter down sangat. susah ke nk jujur dalam relationship? susah ker nk berkongsi segalanya dengan pasangan? kalau yakin apa yg dilakukan tak salah, kenapa perlu dilakukan secara menyorok-nyorok? kenapa walau dah kenal lama pun, tak pernah terdetik di hati rasa kesian dengan pasangan? kenapa tak leh appreciate pasangan biarpun mmg terang-terangan sedar dah pelbagai pengorbanan yg dilakukan? Jaga waktu sakit, tolong ringankan beban kewangan, jaga anak sorang-sorang? adoii..sakit hati bila fikirkan. masih nk buat benda yg pasangan tak suka. mamaonie mmg berjanji dalam diri sendiri, if that things happen to myself mmg mamaonie tak akan bagi peluang kedua, ketiga atau berapa pun. sedar tak sedar rutin hidup macam ni buat kiter jadi kuat. tak lagi manja. boleh survive dan boleh buat macam-macam yg selama ni kita tak sedar pun kiter boleh buat. it shows that yg kiter tak perlukan sangat actually sokongan baik dari segi financial, emosi or what ever. bukan berlagak. tapi ni mmg apa yg betul kiter rasa. women nowadays are much better than old generation. we all independence since we  have education, work and etc. buat apa hidup menyakitkan jiwa sedangkan bersendirian lebih membahagiakan. go on with our own life. lagipun itu yg sebenarnya the other party need. lagi suffer tgk perangai yg sakit jiwa rasanya. it must feel better kalau sungguh tak de ikatan pe2. rasa cam nak buat ceramah motivasi wanita dan kesedaran lelaki. rasa cam nk confront ngan those persons. hantuk kepala depa biar depa sedar. sebenarnya apa yg depa buat hanya utk seronok jer. tapi nk seronok sampai tahap macam mana. kiter bukan makin muda. haii...entahla. 
   kalau tulis pasal benda ni rasanya boleh take more hours. tapi toksah la. rasa nk balik dah. amik auni dan rileks ngan dia. so, next time kiter update lagi. moga the next few days in this week things will be better. orait, till then tata.


Posted at 28.8.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Wednesday, August 08, 2007
Dugaan kehidupan

   Salam. Dari pagi tadi rasa nak tulis sesuatu. Tapi takut nanti meleret-leret membuang masa. Anyway, onie dan family ok di sini. Da da onie dah balik dari kursusnya di China. Onie umat manusia paling gembira. Eventhough, the first nite dia menangis beria, maybe lupa siapa org yang tetiba cium dia..but a few days later memang nampak manja lain sangat dia. Pi mana pun, dlm kete especially mesti berkali-kali diciumnya da da. Last weekend pun sepupu onie datang berkumpul, lagi lah meriah hdup little princess kiter ni.. . 
   Thing supposed to be better. But i don't know why, somewhere , sometime i can't feel the happiness. Life become more adventure for mama onie and i ended up crying everyday. Pening difikirkan, takut sangat bila ingat-ingat. But like my 'sister' said, itu ujian dariNya Dia tahu kiter kuat dan mampu hadapinya. Tapi sesungguhnya kiter rasa makin down each day. Makin vulnurable dan fragile. Kita tak sekuat mana. dan kalau boleh, cukuplah dengan semua Ujian yang diterima. Mungkin benar, Allah akan sentiasa menguji hamba atas rasa sayanagNya, tapi kiter takut kalau ujian dariNya tu membuat kiter menambahkan lagi dosa. Tak reti atau sebenarnya atas nama menjaga maruah, perkara ni tak boleh didedahkan. Cukupla mamaonie menulis sekadar melepaskan beban yang dikandung setiap saat.
   The last two weeks before dada back, macam-macam benda jadi dalam hidup mamaonie. For the first time i think, i really feel very very scared for death. Since, i'm always being a single mother, memang selalu terfikir akan kemungkinan diganggu mereka yang tak bertanggungjawab dan that thing real happen to me. Somebody menyamar 'abang' friend come to my house and start talking merepek-repek thing. But do not why mama onie boleh layan waktu tu. Luckily kiterorg tak keluar rumah. if not, i dont know what will happen next. Right after the guy dissappear. mama felt weird. Bila confirm, yang nobody actually know kiterorg dah pindah umah baru (kawan-kawan da da onie especially), memang mamaonie menggigil satu badan. paling takut sebab dengan naifnya beritahu that guy, my husband was not around. he will back next week. Memang rasa takut yang amat sangat waktu tu. Berani sungguh that guy approach mamaonie macam tu. Rite now, mama onie still rasa seriau dan sangat sensisitif dengan mana-mana guy yang lalu or singgah depan umah. Lagi jadi penakut from dulu-dulu. Tido malam pun tak se lena mana, takut bad things happen to onie dan mama. tapi tu la, macam mana pun mama onie kena hadapi semua tu. Kena juga jadi berani sebab keadaan memaksa. Moga Allah sentiasa melindungi kami sebab padaNya sajalah tempat kita patut merasa takut. 
   Mama mohon sentiasa ditunjukkan jalan yang benar. Tabah menghadapi setiap dugaan hidup ini. Buat dia yang pasti memahami apa yang diluahkan, mamaonie pohon diberi ruang masa untuk kembali sedia kala. Moga semuanya sentiasa mendapat rahmat Ilahi. Till here, tata.

Posted at 8.8.07 by fadilahbakri
Comment (1)  

Monday, July 16, 2007
Mama n onie.. .

   Salam. Supposedly kena pulun study today but then mood study hilang sebab ada masalah dengan claim tnt (alasan!!). Wah..sakit betul keje kat sini sebabnya claim untuk bulan 5, dah nak masuk bulan 8 pun tak dapat lagi!!!.. .Yang bestnya, dah hantar nak dekat 2 bulan tetiba pagi ni dipulangkan sebab ada correction!! Arghhh...rasa nak cekik je the person in charge.. .Ingat kiterorg walaupun officer banyak sangat duit ke?? . Gaji kita lebih kurang sama je, sebab korang dah lama kerja. Lagi satu kalau sebulan at least kuar out-station 3 kali, tak ke parah poket sebab lambat sungguh dapat claim. Bayar itu ini especiaaly hotel ngan kredit kad. Siap 'berbunga, berakar umbi' dulu la kredit kad tu ngan interest bank. Adoiii... .
   itu bebelan untuk claim. Tapi biler depan org yang bertanggungjawab, rasa malas nak bising. bukan sebab takut tapi yer laa..kang dia dah black list kiter, langsung tak nak buat claim terus. Lagi la complicated jadinya. Anyway nak citer pasal onie pula. Last weekend Onie kena tinggal lagi sebab mama ada meeting Kat kenyir. Mama dah rasa tak sedap hati nak bawak onie pi airport sebab takut dia menangis nampak mama kuar kete, but nenek onie insist nak bawak jugak. As expected berjurai-jurai air mata little princess kiter nak ikut. Memang sebak jugak la. Tapi kena tabah sebab keluar bukan bersuka-ria, tapi cari rezeki. So, malam tadi bila balik , dari airport sampaila tengah malam sampai la pagi ni, memang sungguh2 onie merajuk. Sampai malam tadi, tido sekatil; pun onie tak nak. kena cium, bersungguh-sungguh dia menjerit marah. Tak nak tido dengan mama. Nak tido dengan nenek. Boleh pulak tu, bila dah agak lena, dia sedar nenek dia tak de .Apa lagi menjerit-jerit marah padhal mama kat sebelah je. Nasib baik mama memang dah totally flat. So, memang tak de perasaan sangat la. Kalau betul dia nak tido dengan nenek, tak kisah pun, pi la tido. Tapi tak pulak. Saja kot dia nak sakitkan hati kiter. Sudahnya pagi ni nak antar umah pengasuh, menjerit-jerit dia tak nak lepaskan mama. berpaut pada tengkuk. Tarik baju nak ikut. Ya Allah, andai la budak sebesar tu boleh luahkan apa sebenarnya yang dia rasa, memang syahdu agaknya. Maklumla, sekarang da da jauh kat China. Mesti Onie pun pelik kenapa da da tak balik-balik ni. Selalu mulut kecil tu kata, nak da da. Paling syahdu kalau rindu sangat, kete da da tu diciumnya. Agaknya bila mama tinggalkan dia, dia pun rasa mama mesti nak pergi lama macam da da. kesian Auni Sofia mama. 
   Cepatla masa berlalu Ya Allah. Agar kami sekeluarga boleh bersatu semula. Sesungguhnya hamba kecil Mu, Auni Sofia sangat-sangat perlukan kehadiran ayahnya. Moga Allah dengar rintihan mama, agar Auni tidak ditinggalkan selalu. Demi tugas, mama harap kalau perlu out station sekalipun, mama diberi peluang bawa Auni sekali. Kesian sayang mama.
   Back to Kenyir. It was a fun meeting anyway, eventhough it is the first time for me to join the group but i really like a part of them. Of couse, the scenary is superb. Just foods la yang problem sket. Maybe if we want to come again, i should bring rations. Looking forward to meet them, a great scientist from all over the country next september in Penang. (3 kali fly Penang this year!).
   Well, final world, hope everything that i want in this world i could achieve. Hopefully my dear husband, my other half, my soul etc will be fine in China. Miss you soo much dear.. . Life seem boring without you here. Till then, ta ta.

 


Posted at 16.7.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Friday, June 22, 2007
Merepek part 2

   Salam.. . Its time for mamaonie to be on virtual again. Everything seem so dull for me since a few days back. Feel very fragile and vulnurable. Da da Onie dah selamat sampai di Beijing. Insya Allah early of August, we will be reunite again. Kalau dulu waktu da da sibuk tak dapat balik weekend, everytime onie tanya da da , mama akan rasa sebak but for this few days mama ignore je soalan tu. nak biasakan onie agar dia tidak terlalu berharap. Dia akan penat untuk bertanya soalan tu selama sebulan ini. Kesian dia, tapi memang tak tau nak lakukan apa lagi. Moga Onie membesar menjadi seorang yang istimewa sebagaimana hari-hari yang dilaluinya. Moga Allah sentiasa melindungi anak mama ini. 
   So, here we are. I'm back being a single mother. For a month. It's sound creepy. But for everyone especially Onie i do really have to be strong. Moga sepanjang tempoh 'keseorangan' ini mama tidak diuji dengan perkara-perkara pelik yang takkan mama mampu lalui. Look at the bright side, i hope this distance will grow our love towards each other more. Hopefully it could be a refreshment stage for us. A few days before da da gone, i have to admit that i was behave so bad. Mudah sangat marah da da. Terover-over sensitif. Biarpun dari dulu janji tak mo buat lagi, tapi tak tau nape teruk sangat waktu tu. Moga Da da tak simpan dalam hati dan maafkan mama. Promise to myself, that i won't, never and never again do that thing again. Ya Allah tolonglah hamba mu ini.
   So harapnya tempoh sebulan ni boleh merubah banyak benda. Mama boleh fokus pada kerja dan boleh belajar tingkatkan diri perbaiki kelemahan. Dah tak tau nak merepek pe, Moga segalanya selamat seperti yang dipinta. Till then, ta ta.


Posted at 22.6.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Monday, June 11, 2007
money matters..

   Salam. Harapnya dengan mencuri sedikit masa ini, maka segala yang berserabut di fikiran mampu dileraikan.

   Tak tau nak mula dari mana. Rasa nak meluahkan segala yang berserabut. Dulu sering dengar, manusia boleh hidup dengan cinta tanpa harta. Kekuatan cinta mengatasi kekuasaan harta. Bagi mamaonie,kata-kata sebegitu memang sangat mengarut dan sungguh tidak relevan dalam dunia hari ini. Tolonglah girls out there, especially yang tak kahwin lagi pikir pasal ni.Tak mungkin sempurna hidup kalaui kepala asyik pikir pasal duit sahaja. Tak mungkin rasa  bahagia, rasa hangatnya cinta andai hidup sentiasa ada halangan kewangan. Tak bermaksud nak diselimuti kemewahan semata-mata. Barang mahal-mahal, pakaian berjenama tapi kalau untuk melepasi kehidupan seharian pun dah rasa sakit amat. Apatah lagi kalau dah ada anak. Tanggungjawab tu lagi besar, nak tak nak duit juga perlu diletakkan sebagai keutamaan. Memang betul kata MIL kita, hidup hari ni memang berpaksikan kebendaan. Sebab tu la banyak wujudnya kes hubungan yang wujud berlandaskan duit bukan cinta. Susah nak diterangkan di sini, tapi mungkin kita boleh faham jika fikir dalam-dalam. It's simple but yet complicated. Seem simple sebab kita boleh kata, kita masih perlukan dia sebab kita perlukan duit. tapi complicated sebab apa sebenarnya status kita. berkhidmat untuk dia sebab duit walaupun kita pasangan hidup yang sah dari segala segi. Entahlah, kena jumpa orang bijak pandai untuk membantu merungkaikan masalah ini.

   Sebab duit juga la, anak mama menjadi mangsa minggu ini. Bukan maksudnya hidup kami memang berlandaskan duit semata-mata. Tapi duit menjadi faktor penting dalam hubungan kami sehari-hari. Maklumlah, weekend couple. Untuk berhubung, untuk berjumpa memang melibatkan duit yang banyak. Adakala kami terpaksa akur sebab takut ketiaadaan duit. Hadkan perbualan telefon, hadkan berjumpa. Sebab perlu berjimat untuk benda yang lebih penting terutamanya kepentingan anak.Tapi sebagai manusia biasa, jika fikir bahawa ini adalah ujianNya, hati yang gusar sedikit-sebanyak menjadi tenang jua. Setiap manusia di muka bumi ini ada bahagian masing-masing. Ini bahagian kami, ini bentuk ujian untuk kami. Insya Allah selagi meyakiniNya dan sabar hadapi segalanya, dia akan sentiasa membantu kita. Insya Allah.

   Orait, back to the story, onie tak jumpa da da nya minggu ini. Mungkin for some people it seem normal. but it's definately something new for us. Onie sangat-sangat la rapat dengan da da nya. kalau da da di sisi, memang mama dah tak penting bagi dia. so, bila da da tak balik hujung minggu lepas, memang every single thing yang dia buat, dia akan tanya pasal da da. Boleh tak bayangkan, baby yang berusia 1 tahun 9 bulan dah boleh rasa sunyi bila orang yang paling dia sayang tiada di sekeliling. bangun je pagi, "a da work ye mama?". Rasa luluh hati dengar dari mulut dia. Nampak kete parking depan umah, berlari ke sliding door, "da da ke Mama?". waktu tu memang berdoa agar Allah turut kurniakan ketabahan dan kekuatan walaupun mamanya tak lah setabah mana. sedih. But the bright side from what happened mama could spend 24 hours with auni. everywhere mama goes, she will be by my side. Its never happened if her father was around. seronok bersama dia walaupun ada la juga 2,3 kali kena babap sebab nakal. dan hari ini biarpun pagi lagi dah rasa rindu amat dengan auni.

   well, definately writting is the best cure if you feel bad anytime. Syukur Alhamdullillah, i feel better now. So, its the end of my story for today. moga segala yang terjadi, mampu mendewasakan mama onie. Belajar untuk tabah lagi menghadi hidup ini. Till then, tata.


Posted at 11.6.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Monday, May 28, 2007
merepek part 1

   Salam. Hari ni rasa nak menulis walaupun sebenarnya tak punya banyak masa untuk berfoya-foya. Dalam masa 2 jam lagi, mama onie akan ke KLIA. Sekali lagi out station utk bulan ni. Actually bagi sesetengah orang, out station beribu kali pun tak kisah sebab namanya bekerja. Tapi bagi seorang ibu, apatah anak nya tu kecik lagi, setiap kali nak keluar meninggalkan dia mesti dah rasa bercampur-campur perasaan. Yang pastinya rindu yang amat. Tak sabar nak pulang ke sini, tengok senyum dia walau hakikatnya tak  pergi pun lagi.

   Lately, life banyak dihabiskan untuk siapkan rumah baru yang bakal diduduki. Memang hajat hati nak berpindah ke situ secepat mungkin. Tapi apakan daya, banyak sangat pihak yang menentang dan betul jua apa yang mereka katakan. Paling penting keselamatan diri. Memandangkan, kehidupan kami suami isteri lain dari pasangan lain, maka keselamatan diri harus menjadi keutamaan. Kalau tanya hati rasanya tiada masalah untuk tinggal berdua dengan onie, tapi betul jua kata-kata mereka apatah lagi orang-orang tua yang banyak sangat pengalaman, biar kawasan itu dipenuhi sikit dahulu dengan penghuni-penghuni lain. Risau kalau mamaonie berdua tinggal di sana, jadi benda-benda tidak diingini, tiada siapa boleh membantu. Maka kata hati perlu diketepikan. Tengok keadaan kalau masanya sesuai berpindahlah kami ke rumah baru.

   Da da onie juga akan pergi jauh tak lama lagi. Selalunya rasa pelik kalau kena berkemas untuk da da onie. Sebabnya tak ramai isteri yang alami apa yang kita alami. Rasa lagi pelik setiap kali biarpun telah setahun, menghantar suami ke tempat kerja setiap pagi isnin jam 4 pagi! tapi sebab tanggungjawab, rasa pelik macam mana pun kena harungi jua. Tapi nanti waktu da da onie pergi jauh, rasa pelik itu mesti lagi menebal. Mesti hidup mama dan onie akan sunyi. Moga-moga Da da Onie akan selalu dibawah lindunganNya. Selamat pergi, selamat di sana dan selama jua kembali. Cepatlah masa berputar sebab mama onie takkan sanggup hadapinya.

   Banyak benda yang dipinta dalam life ni. Hari tu berazam dengan diri mahu berubah sepenuhnya. Tapi sekarang, antara sedar dan tidak, keadaan tidak seperti yang kita pinta. Harapnya ia benar-benar menjadi pengajaran dan paling penting hati mamaonie kuat untuk melawan segalanya. Biarlah apa yang kita buat menjadi rahsia dan biarlah kita mengetahui sesuatu itu seminimum mungkin. Tolonglah Allah bantu hamba mu ini menghadapi apa yang dihajati nya.

   ok la , dah malas merepek lagi. Moga setiap perjalanan hamba Allah di muka bumi ini mendapat keredhaanNya. Amin. till here, take care n tata!


Posted at 28.5.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Thursday, May 03, 2007
The new me..Insya Allah.

   Salam. Hopefully hari ini dengan tenangnya dapat  tulis sesuatu dalam blog ni. Dah try banyak kali before this, but tak pernah berjaya atas banyak sebab.
   So, lots of things happen lately. Sad things, happy things etc. Things get better for mamaonie. Memang rahmat Allah, di waktu paling buruk dalam hidup ini, dia sentiasa di sisi menemani. Kebetulan atau suratan, tapi masanya memang kena. Mama pulih perlahan-lahan sebab Da da sentiasa di sisi. Dan harapnya di waktu Da da kembali ke sana bertugas seperti biasa nanti mama dah pulih sepenuhnya. Insya Allah. 
   Dah, tak mo cakap pasal tu lagi. Bagi Mamaonie, selagi hayat dikandung badan or even dah mati pun manusia akan sentiasa berkata-kata pasal kita. Sampai waktunya diamlah mereka. Kalau kita dianaiya, Allah akan tunjuk kan juga kemudian hari. Cukup pasal tu, buang masa dan tenaga memikir pasal benda yang merosakkan kita. Jadikan pengajaran paling berguna dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Insya Allah.
   So, again, life's getting better lately. Onie sekeluarga baru balik bercuti dari Langkawi. It's one of the most wonderful holiday we ever had. Stay kat Mutiara Burau Bay for 4 days 3 nights. Superb sangat tempat tu. Beautiful scenery, nice peoples, great place for shopping etc. Best sangat. Really miss that place. Seronok spend kat sana. Paling best sakat onie main pasir. Pelik sungguh la budak ni. Nangis-nangis main pasir. Paling kelaka bila tido malam siap mengigau, terjengkit-jengkit kaki..adik geli mama, adik geli. Lawak. Kesian pun ada. Kesimpulannya puas mandi swimming pool jer, nak main kat pantai tak puas sangat sebab kegeliaan onie. Hopefully before uncle Odie kawin next year kiterorg boleh datang situ lagi. Atas alasan temankan nenek shopping persiapan kawin uncle odie, tapi yang paling penting untuk kiterorg bersuka ria. Suka la sangat Mutiara Burau Bay. Highly recommended for those yang nak pi holiday kat Langkawi. 
   Another significance thing happen in my life, of course la pasal umah. Insya before end of this month rasanya kiterorg akan pindah. Some people dah dapat kunci, kiterorg tunggu bank clear aje. Once dah dapat kunci maybe tak tunggu lama untuk pindah. Seronok dok Subang. Environtment dia best jugak walaupun bandar tu hectic. Yang penting kat Subang, sebut aja apa nak insya Allah dapat. Berry's dekat (we're gonna miss this bakery shop soo much..), Eastern Clinin (nice Doctor..suka cakap psl government, tak tau yg kiterorng ni both working with gov.), Domino's Pizza (like this pizza more than Pizza Hut..dah tak leh call tunggu je depan pagar) , Mydin yang sangat selesa untuk bershopping (baru discover tak sampai sebulan, betapa seronok dan murahnya shopping kat sini), Subang Parade (one and only in Malaysia) dekat ngan SJMC ( tempat onie dilahirkan..hopefully for the next baby pun kat sini..yang penting Datuk Dr Siti Zaleha ada lagi ) and lots of things yang best kat Subang Jaya. Gosshhh...i'm gonna miss all those things soo muchh.. . For the time being, suka pindah Bangi sebab dekat ngan Opis (eventhough sekarang dah tak suka sangat pi opis..tapi tempat cari rezeki nak buat camner) and Insya Allah jiran semua Melayu. Actually dok dikelilingi pelbagai bangsa tak la teruk sangat. Like my neighbour right now, Mr steven and Mrs Jenniffer. They are friendly, caring but yet tak campur hal orang. so, its make life become comfortable. They respect us like tak pernah parking sesuka hati and anak-anak dierorg tak bising. Suka la neighbour camni. nervous pulak pk pasal neighbour. Hopefully nanti dapat neighbour yang baik dan life yang aman dan tenang macam ni. Insya Allah. 
   One more thing yang happen dalam hidup kami adalah dugaan dalam bentuk ilmu ghaib. This thing is quite scary and unbelieveable tapi bak kata orang-orang berilmu, memang kita berkongsi alam ini dengan makhluk-makhluk lain. Mereka juga punya hak untuk menikmati alam ini. kalau betul dugaan itu nak menimpa, itu semua adalah atas keizinanNya. Syukur Alhamdullillah, selepas mendengar penjelasan orang berilmu, kami lega. setiap yang terjadi di dunia ini adalah atas keizinanNya. Kita manusia yang lemah tak perlu takut. Insya Allah. (tiba-tiba teringat citer jangan pandang belakang la pulak walaupun tak tengok lagi. hehe)
    Ok, banyak sangat merepek. Bawah ni gambar-gambar kat Langkawi. Enjoy! till here tata.

Depan Catamaran idaman..hehe.

View depan resort..mendamaikan bukan..

 Mutiara Burau Bay dalam kenangan..really hope to be here again next year!


Posted at 3.5.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Friday, April 13, 2007
Ujiannya

   Salam.. . Suka amik kesempatan menulis pada hari ini. sebab bagi saya, Jumaat penghulu hari. Hari ini juga adalah seperti hari penutup untuk sepanjang minggu (since we're working!). Banyak perkara boleh dirumuskan pada hari ini. banyak juga perkara boleh dirungkai pada hari jumaat ini.

   Tengok sekeliling dah ramai blogger yang tak aktif. Atas alasan tugasan yang menimbun atau mungkin tiada apa benda menarik yang perlu diluahkan. Bagi mama onie, rasanya banyak sungguh benda yang ingin dicoret. Cuma bimbang masa yang tidak mengizinkan.

   Like what i've post earlier, i've learn something big  a few last week. something yang memang serius mengubah hidup saya umumnya dan mengubah prinsip persahabatan yang dipegang bertahun-tahun khususnya. Mengaku diri tidak sempurna, banyak kekurangan  dan memerlukan tunjuk ajar. Tapi bila kepercayaan dirobek dan ditambah pemutar belt fakta, rasanya sakit hati itu tak mungkin akan padam. Sheri pernah cakap, a long time ago, before graduate dulu, kalau kita marah pada seseorang, kita nak marah sampai bila (eventhough kes tu merujuk kepada hubungan teman istimewa), tapi bagi mama onie kes sebegini juga tak boleh terlepas. Sebab ia memang berdiri atas nama teman istimewa. Segala keburukan bertimbun diluahkan, seperti memang langsung tak terdetik kebaikan yang pernah dibuat. itu memang lumrah manusia tak perlu dipertikaikan lagi. tak perlu pening kepala memikirkannya lagi. tapi bagaimana pula kes yang tak diselesaikan lagi walaupun katanya dah selesai. perkara ini tak dituju kepada hati , perasaan dan kepercayaan. memang susah hati, perasaan dan kepercayaan dirungkai biarpun lidah dah kata selesai. tapi ini merujuk kepada barang hakiki yang masih disimpan. barang yang berjasad, mempunyai ciri-ciri fizikal yang lengkap. Insya Allah. sampai kurun ke berapa mahu dijadikan simpanan. andai tahu ia menjadi barang penting buat kiter, sampai bila mahu menjadi milik simpanan? sungguh tak faham. Biarkan dia buat apa saja, kita akan memerhati dari jauh. andai Allah mengizinkan, dia akan sedar dalam waktu terdekat jua. Insya Allah. Lagi satu, kenapa perkara yang sudah berterangan salah, ditegakkan jua. Bukankah itu menganaiaya namanya? kata diri sempurana, tapi sudah diteliti dan dibelek dari setiap sudut kesempurnaan itu. Cukup pening kepala dan menyakitkan hati menjawab soalan ini. Biarlah. Untuk kesekian kali, ayat itu saja yang mampu dituturkan. Biarlah walau berjuta tahun juga. Kebenaran akan terserlah juga. Allah akan membantu orang-orang yang teraniya. Insya Allah.

   Entahlah dugaan ini makin mendekatkan kita. membuka diri kita yang jauh dari landasannya. mendekatkan kita ke jalan yang sepatutnya. Dipohon dengan rasa rendah hati yang amat, agar hati, lidah dan perbuatan kita akan lebih terpelihara. Begitu juga dengan mereka yang berada di sekeliling kita. Yang selalu kita sayang dan menyayangi kita. Insya Allah.

   Oklah, dah banyak melalut ni. Hanya hati dan perasaan tuan punya badan yang lebih memahami. Diharapkan kekuatan kita pada hari ini akan selalu berada bersama kita, malah lebih kuat lagi untuk selama-lamanya. Insya Allah


Posted at 13.4.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Friday, April 06, 2007
ups and down

   Life's is like a wheel. sometimes you've been top of the world and the next time you've been at the bottom. semua org rasa upset, down and etc. and today is my turn to feel that thing badly. tapi peliknya rasa kuat mengatasinya..adakah sebab dah ber'puasa' beberapa hari kebelkangan ni(orang kata puasa menguatkan jiwa) atau sebabnya deep inside tau banyak benda yang diputarbelitkan. somehow, somewhere i realived. Alhamdullillah, pengakhirannya lebih baik dari yang dijangka. tak risau la ia kan mengambil masa berjuta tahun pun untuk pulih..apa yang penting aku dah rasa bebas. tak rugi hilang orang-orang yg tak mampu menambahkan makna hidup. and thanks god, macam satu kebetulan semua my best friend muncul dan aktif berhubung. Alhamdullillah. I need you guys not matter where you are. rasanya dah lama sangat melayari kehidupan sebegini, dan rasanya dugaan kecil ni bukan penghalang dalam mencapai sesuatu malah penguat lagi semangat. Moga Allah sentiasa menunjukkan kebenaran bagi orang-orang di jalan yang benar. Insya Alllah.

Posted at 6.4.07 by fadilahbakri
Make a comment  

Previous Page Next Page