|
 |
|
Wednesday, August 13, 2008
Salam. Di tengah kesibukan nak siapkan macam-macam ni, rasa nak tulis jugak sesuatu kat sini. Anyway, baru ter come across ngan website Katie Fitch, 3 years old girl yang di diagnosis ngan hepatoblastoma. Some kind of cancer -liver cancer kalau tak silap, yang amat jarang dihadapi oleh kids sebesar dia. Since Katie sebaya auni, terus rasa sebak teringat auni dan skeolosis nya. Atas dasar nak me release tension, mama surf internet nak cari forum utk mothers yang anaknya ada masalah macam auni. But, feel so helpless biler tetiba terjumpa statement ni
Scoliosis that is present at birth or that develops in infants may be worse in the long run than scoliosis that develops later in life. This is because the more growing the skeleton has to do, the worse the curve may get.
sungguh masa mula-mula baca tadi memang stress giler. Rasa lagi teruk dari se belumnya. Ingat pulak last week pi check up dia, tetiba jadi bhn study student medic kat sana. Sedih sangat. Marah ngan bosan pun ada. Macam-macam depa suruh dia buat. By d time, Dr pakar nya pegang, masa dia suruh auni bongkok, memang mama rasa tak sanggup tengok. Obviously curve dia makin worse. Sedih. Tak tau nak describe macam mana. Memang sampai hari ni, rasa versalah yang amat sanggat. Auni tak patut hadapi semua tu. Entahlah. Takut nak hadapi hari yang dia akan mula rasa sakit belakang. Bertambah takut bila fikir the only treatment yang available adalh operation. Mama tau, Auni tak akan mampu hadapinya. Apatah lagi dia akan hadapi utk sepanjang hudupnya. Sedih. Kesian sangat puteri kesayangan kami. Tak sanggup nak bayangkan semua tu. At this point, sometimes mama fikir nak retain banyak benda dalam hidup ini. Kalau boleh nak retain auni n akif selamanya begitu. Tak mo Auni lagi sakit, tak mo akif besar sbb dia sangat comel begitu. Nak retain life , mama dan da da yang dulu-dulu. Waktu kami tak banyak benda utk difikirkan dan hidup adalah untuk kami berdua sahaja. Hidup masa da da tak obvious sangat fanatik pada Man U, Komik dan Games. Nak retain kemesraan dan kejujuran dengan semua orang-orang (grr..thats the hardest point). entahlah, banyak sangat impian yang tak mungkin jadi kenyataan. Sedar atau tidak, mamaonie baru tau actually life is beyond what we expect. Its seem ok, but the truth is it is more complicated than we know. Adoii..tak suka betul this feeling. Okla, before rasa lagi down, nak say good bye. May everything going smoother. Moga kita sentiasa di bawah lindunganNya. Aminn.. .
Posted at 13.8.08 by fadilahbakri
Permalink
Tuesday, July 08, 2008
Salam. Life seem miserable lately. Sungguh tak terlarat dek badan nak uruskan 2 askar kecik kat umah tu sorang2. Bersyukur sangat-sangat nenek masih sudi menemani sehingga helper kami sampai. Kerja kat opis pun nampaknya agak lembap. Kerja lab dah lama hold atas alasan lab sekarang dipinjamkan kepada bebudak praktikal, tapi persedian chemical, standard etc untuk mula semula kerja tak juga dibuat. Kesimpulannya lambat lagi nak start kerja tu. Sekarang dok mengadap pc tiap-tiap hari sambil 'bersantai' membaca journal. Nak termuntah dah membaca bermacam-macam journal ni atas alasan untuk mencantikkan lagi proposal kiter yang rasanya dah hampir 2 tahun disiapkan. Ada jer yang tak betul, apatah lagi ada taiko lain yang sebenarnya berminat dengan apa yang mamaonie nak buat ni. Adoilla birokrasi sungguh. Ni la namanya menyekat kretiviti kami penyelidik muda. Idea banyak, rasa dah present dengan cukup cantik tapi tak tau mana silapnya perlukan endorsement pihak luar pulak. Dah la mereka sangat susah dihubungi, hantar email pun tak pernah reply, maklumlah kami ni ikan bilis jer di mata mereka, tak de apa-apa title di hadapan nama, so secara tak langsung semua kerja-kerja tertangguh jua. Benci tapi tak tau nak luahkan macam mana. Dah, terbebel panjang lebar pulak pasal isu ni. So, back to personal life. Actually banyak significance things happen in our life. Cuma, tak tertulis kat sini rasanya. Anyway, last week, one of mamaonie close friend said goodbye to us. Dia akan memulakan satu fasa baru dalam hidupnya nun jauh di sana. A few first day lepas said good bye tu, mamaonie realise ada jugak rasa sedih berbekas di hati. Ingat dia akan pergi jauh buat mamaonie rasa macam hilang seorang kawan. We are not so close, i mean tak de la everything dalam hidup ni berkongsi dengan dia, tapi dengan dia mamaonie selalu rasa tenang. Selalu rasa kuat. Rasa pure sangat friendship tu. Susah nak describe macam mana. Anyway, i should feel happy. Dia dah berjaya melepasi semua halangan untuk sampai ke tahap itu. Moga dia akan berjaya selalu dan hidup sentiasa di bawah rahmatNya. Moga kami diberi kesempatan untuk terus menjalin persahabatan ini. Auni n akif pulak, depa pun makin boleh tahan kerenahnya. Penat. Rasa life lately banyak dihabiskan dengan situasi terkejar-kejar. Kat opis pun terkejar-kejar balik untuk lunch. Kat umah pun terkejar-kejar untuk melayan depa. Rasa macam tak de masa untuk diri sendiri lagi. Untuk Da da pun, masa dan perhatian dah makin singkat. Harapnya da da faham dan dapat membantu kami walau da da tak selalu bersama kami. Lately, biler bangun pagi macam tak sedar jer dah malam semula. Tak tau apa yang berlaku. Masa yang makin laju atau mamaonie yang makin perlahan. Walau apa pun memang ia sangat memenatkan. Okla, lepas sudah segala yang terbuku di dada. Berada di sini, memang terapi terbaik buat mamaonie. Akhir kata, macam selalu, mamaonie harap segalanya dipermudahkan buat kami. Till here, tata.
Posted at 8.7.08 by fadilahbakri
Permalink
Wednesday, June 11, 2008
Salam. With all the things that happen today, i feel extremely down to do anything. Tak reti sungguh nak dimulakan dari mana sebenarnya. Cuma, di saat ini memang sungguh-sungguh bertawakal kepada Allah agar auni, akif dan ibunda tercinta selamat di bawah peliharaanNya kat rumah sana. Hari ni nampak macam biasa. Da da pun ada kat sini sebab ada kerja yang perlu disiapkan memandangkan esok dia ada meeting di sini. Pagi tadi pun nampak semuanya teratur. Mamaonie bangun awal pukul 5.30, tapi susukan baby dulu, ulit dia, buaikan sampai lena pukul 6.30 baru betul-betul bangun. Biasanya Akif dan nenek akan hantar mama ke opis, tapi hari ni lena sungguh dia tidur sampai kami keluar pun dia tak sedar. Semua nampak macam biasa sampai la around 11 am, a few minutes before mama attend farewell party kat sini, angah call then said nenek pening tak boleh bangun. Hati punya la tak tenteram tapi apakan daya majlis mesti dihadiri jugak sebab yang nak bersara antara orang yang rapat dengan kiter. Half n hour later baru berkesenpatan untuk mintak diri. Biler sampai di rumah, memang sungguh nenek tengah baring tak larat buat apa-apa. Waktu tu rasa nak menangis sungguh. Untuk apa, pun tak pasti. Marah, geram, sedih ngan kesian semuanya ada. Rasa hebat betul dugaanNya. Dan sekarang biler ingat dierorg semua kat rumah lagilah laju air mata mengalir. My mom is always by my side. Tengok dia dalam keadaan camtu, buat kiter rasa apalah yang kiter dah buat pada dia. Memang keadaan tu tak kritikal, tapi kalau boleh memang tak nak hadapi dia dalam keadaan macam tu. My mom memang ada High Blood Pressure dan mild stroke. So, dia sangat mudah utk pening dan pitam macam tu. Dan biler dia kena macam tu, mak akan flat at least setengah hari. Tak mampu buat apa-apa even makan atau minum. Lepas habis maternity leave ni lagi rasa close dengan mak. Every night masa dalam hari, dia akan tidur dengan kami. Bergilir dengan mama untuk jaga Akif. Ada kala dia pening jugak, maklumlah tidur malam tak lena tapi dia tak pernah pening lagi macam ni. Ada satu malam tu, tak tau kenapa berkesempatan tengok dia waktu tidur. Memang betul apa yang mereka kata, kalau rasa marah or benci kat parents kiter, tatap lah dierorg waktu dierorg tengah lena. Tengok wajah tua dierorg yang tenang waktu tu baru kiter sedar banyak sungguh jasa dan pengorbanan yang dierorg dah buat. Cepat betul masa berlalu. Habis sudah zaman kiter dimanja. Dan tadi tengok wajah dia menahan kesakitan buat kiter fikir benda yang sama. Apa lagi yang telah kiter buat pada dia. Mak dah sepatutnya berehat di rumah bukan dengan kami membantu menjaga cucu-cucunya. Actually kami tersepit. Helper yang dijanjikan tak jugak dapat hingga saat ini. So, my parents, my mom and my dad tak begitu percayakan mama utk tinggal bertiga especially malam hari. Yes its true, mamaonie pun tak begitu confidence utk live alone menjaga mereka. Akif Hilmi memang sangat istimewa. He is a hard boy. Kalau tak bergilir, memang susahlah utk buat apa-apa mcm makan, sembahyang dan mandi. I know my mom is not too well, but do i have any choice? Kesudahannya mungkin penat jaga anak-anak kami, nenek flat hari ni. Nak amik half day pun serba salah sebab this is my first week after long holiday. AD pun kiter tak jumpa officially lagi. Bertimbun kerja kejar deadline. Habis macam mana. Nak tak nak mak jugak kena jaga sementara anak-anak kiter di rumah. Sungguh hati ini Allah saja yang tahu. Biler benda macam ni memang buat mamaonie marah sangat. Marah pada banyak perkara yang sepatutnya mudah tetapi susah jadinya. Sepatutnya kami punya helper sebelum akif dilahirkan lagi, tapi tak jugak. Rasa perkara tu lah yang mengkelam-kabutkan keadaan. Akif pulak budak baik. Lagi la jadi tunggang langgang hidup ini. Tetiba mak yang selama ni sihat, sakit pulak, memang membebel jugak pada dia mula-mula tadi. Tapi sekarang rasa kesian sangat pada mak. Rasa risau pada anak-anak. Auni jugak nampak terabai. Tak makan sampai la sekarang. Sungguh, hari ni memang hari yang tak begitu baik walau da da ada di sini. Dah tak mampu nak luahkan apa lagi. Sampai sini, mamaonie harap dugaan ini cepatlah berlalu. Moga kehidupan kami dipermudahkan lagi. Till then, tata.
Posted at 11.6.08 by fadilahbakri
Permalink
Monday, June 09, 2008
Salam. I'm back to work. My long sweet and tiring holiday has come to the end. I don't know how to tell my exact feeling right now. Since Akif is not an easy baby (loves to cry, hard to sleep) i'm always wish that i could go to work as soon as possible and he will grow up faster like his sister, but to tell all of you out there the TRUTH i'm crying badly at the car park this morning when talking with my husband. And right now i'm badly miss him and his sister. I couldn't forget the way he look at me when i put him in the cradle and i wouldn't forget his smile when he send me at the gate. Ya ALLAH, tolonglah permudahkan urusan ku hari ni. It's weird but its truth. Bila kat rumah selalu suruh dia tidur, sebab banyak sangat kerja yang nak dibuat. Tapi sekarang rasa nak main-main dengan dia pulak. Benci betul perasaan ni. Anyway since hari ni first day kerja, so tak de mood nak tulis banyak dan rasa down sikit bila ingat dia. So, last word, hopefully hari ini berlangsung dengan cepat dan cemerlangnya. Rindu sangat pada akif dan auni!
Posted at 9.6.08 by fadilahbakri
Permalink
Tuesday, April 15, 2008
Salam. Syukur alhamdullillah..dah hampir 2 minggu or to be exact 11 days kami menerima anggota keluarga baru. Syukur alhamdullillah, auni sofia officially dah jadi kakak sejak 2 minggu lepas. Akif Hilmi selamat dilahirkan pada 5 April (4 weeks earlier) jam 7.15 petang. Betul kata orang, pengalaman melahirkan anak berbeza-beza. Ingat 2 setengah tahun yang lalu, waktu Auni lahir, mama memang boleh berlagak kata tak serik, tapi dengan kelahiran akif ni, first word yang mama cakap ngan da da lepas keluar dari OT hari tu adalah cukuplah 2 orang ni. Sungguh ia suatu trauma. Akif memang ada problem sejak 5 bulan kehamilan. First time mamaonie admitted ke hospital sebab problem leaking waterbag atau bahasa perubatannya PROM. Since then, everyweek follow up kat hospital. Everyweek, amik test darah untuk TCA and everyweek dipujuk rayu oleh doktor utk stay di ward memandangkan problem tu tak jugak solve. Banyak sangat tekanannya. Banyak sangat perkara yang menakutkan kami. Doktor takut paru-parunya tak leh survive sbb biasa dalam keadaan stiff disebabkan hidup dalam kekurangan bendalir amnion, risiko utk cord prolapse etc. Macam-macam mamaonie dan da da belajar dari pregnancy ni. Mungkin sebab life kami yang macam ni, weekend couple, mama perlu uruskan onie yang kecil lagi sorang-sorang so pregnancy ni memang nampak bermasalah. Then on exactly 36 weeks, my last antenatal check up, doktor semua decide mama di induce. tak mo amik further risiko. Takut baby sebenarnya dah kena sub klinikal infection. Infection yang tak dapat di trace dengan ujian klinikal lagi. Kami redha waktu tu. So, mamaonie admitted on thursday then on saturday around 10 am, mamaonie di induce. Sungguh rasa sakit natural dengan induce ni lain. Bukan sebab berbeza hospital tapi memang lain betul pengalaman. Rasa lebih kuat kali ni. Walau dah mula rasa sakit, tapi makan tetap berselera, solat semua tu macam biasa. Keadaan jadi panik bila nurse check kata ada sesuatu tak kena. they called the doctor then doctor pecah kan ketuban terus masuk labour room. 2 and half hour later, they decide my baby have to be delivered through c-sect. They cann't wait any longer since heatrbeat baby dah tacky. Rasa nak pengsan waktu tu. itu memang perkara yang paling mamaonie tak mo lalui. Rasa diri kuat utk delivered normal, tapi sebab menanggung sakit waktu, (macam-macam wayar dah masuk waktu tu), plus tak mo selfish kesiankan baby so nak tak nak terpaksa setuju. Some people mungkin lega kalau dah penyelesaiannya begitu, tapi siapa tahu rezeki mamaonie lagi teruk lepas tu. memang pengalaman lepas tu buat kita rasa trauma yang amat sangat. kalau setengah orang salahkan staff di sana, tapi bagi kami itu adalah rezeki kami. dah lama sangat kami berulang-alik ke sana. dah kenal kebanyakkan doktornya, nurse dan lain-lain pegawai perubatan. mereka memang bekerja dengan efficien dan layan kami sangat baik. apa yang jadi pada malam itu adalah rezeki kami, nasib kami. Siapa tahu operation yang biasanya amik masa 1 jam tapi berlarutan hampir 2 jam setengah bagi mamaonie. banyak sangat complication yang takut utk diceritakan satu persatu. Dengan bius yang tak jalan, baby terbelit tali pusat dan internal bleeding, pengalaman keluar dari OT memang satu kelegaan bagi mamaonie. Tolonglah Ya Allah. tak mahu lagi kami tempuhi. cukuplah ini sekali. yang pertama dan terakhir. Andai dikurniakan lagi rezeki cahaya mata buat kami, biarlah ia dilahirkan normal dan biarlah jaraknya jauh dari yang ini. Rasa takut tu kadang-kadang buat mamaonie menggigau tengah-tengah malam lagi. Terasa seperti masih di OT. Sekarang, Akif Hilmi sihat berada bersama kami. Moga ia membesar menjadi anak soleh yang baik dan pintar. Azabnya seorang ibu melahirkan anak memang telah kami pelajari. Moga ini suatu pengalaman berguna, beri peluang kami muhasabah diri atas segala yang terjadi. Buat da da auni dan akif, mamaonie nak amik kesempatan ucap terima kasih kerana sentiasa di sisi. Tanpa da da, tak mungkin mama mampu lalui. Moga putera puteri kita menambahkan lagi keceriaan bukan sahaja untuk kita berdua, tapi ahli keluarga yang lain. Moga kehadiran cucu sulung lelaki ini, membesar menjadi orang berguna.ia sesungguhnya suatu pengalaman yang tak mungkin dilupa. Takut untuk diingati tapi banyak memeberi pengajaran buat kami. Moga Allah mempermudahkan hidup kami selepas ini.
Posted at 15.4.08 by fadilahbakri
Permalink
Friday, February 22, 2008
Salam. Banyak sangat benda nak buat sampai tak tahu nak mula dari mana. Banyak sangat gak masalah sampai tahap dah malas nak fikir. Anyway, mamaonie is not so well lately. zahirnya nampak sihat, tapi hakikatnya setiap kali check up mesti ada problem baru berjaya di kesan. Adoii la. Kerja pun dah macam demotivated sket. Lepas bincang ngan AD semalam, tau satu citer baru. Malas nak fikir sangat, cuba nak jadi insan yang sentiasa berfikiran positif. Setiap yang terjadi pasti punya hikmah tersendiri. Insya Allah. Ingat depa senior-senior pernah melalui detik macam ni, mesti ada jugak penyelasaiannya. Tapi tolonglah cepat. Boring asyik menunggu benda yang tak pasti. Pernah terfikir nak tukar kerja. Tapi actually dah sangat selesa ngan kerja macam ni. Kerja tak melibatkan orang, main ngan instrumentasi ngan chemical jer. Sesekali biler perlu jer kena bersosial. Bukan mamaonie anti-sosial, tapi yer la kerja ngan manusia kan banyak ragam. Macam kerja sekarang, susun la jadual sendiri. Bila nak dimula eksperimen, bila nak ulang ikut suka. Macam keadaan kiter sekarang, nak tak nak kena la h rehat dari semua aktiviti labwork. Terpaksa. Bukan suka-suka tapi untuk 2 nyawa. So, Insya Allah ia tak mengganggu sesiapa. Lagi satu kerja ni 8 to 5. Flexible kan. Kalau jadual susun baik punya, memang tak yah datang weekend or even bawak balik umah. Ofis pun dekat ngan umah. It seem so perfect. So, that's why la biler masalah macam semalam datang, mamaonie dapat pujuk hati baik-baik. Ingat semua kelebihan yang ada dalam kerjaya ni compare keburukannya. Cuba tabah hadapi cabaran walau hakikatnya kerja ni la yg memisahkan mamaonie dan da da. Insya Allah masa itu akan sampai jua. Harap Allah permudahkan segalanya. Pasal pregnancy ni pun, each day makin menggerunkan kiter. Diam tak diam mamaonie ada 2 bulan jer lagi utk menikmati saat-saat pregnant ni. Tapi cabaran kali ni memang hebat la. Lagi banyak complication nya compare ngan 1st pregnancy hari tu. Semalam chek up, dr offer admitted to ward again for the next 6 weeks (at least!). Memang tak pikir panjang dan terus say no. tapi bukan mamaonie degil sangat, lepas bincang elok-elok dia pun kata, it actually could happen anywhere. Whether u stay at the ward or at home. kalau nak jadi, jadilah. Duduk kat ward MAYBE mamaonie rest dari segi fizikal nya, tapi dari segi jiwa dan emosi tak sekali-kali. Bukan sebab nak berjalan sangat like what one people said, tapi dipisahkan dengan onie. Tidak sekali-kali. Mati separuh jiwa kalau kena berjauhan dengan princess kesayangan kiter ni. Dok bayangkan apa la yang dibuat, makan tak, minum tak. Sanggup tak orang-orang yang jaga dia ikut kehendak dia or even worse, kalau kiter biasa didik dia cara macam ni, tetiba biler jumpa semula dia dididk dengan cara lain. Ia memang menambahkan dosa kering pada mamaonie. Sakit hati nag orang-orang yg kononnya pandai sangat jaga anak kiter. That's why selagi termampu, mama tak mau dipisahkan dengan onie. Selagi kuat badan ni. Susah nak describe sebenarnya. Kalau dah punya anak sendiri, dan mmg sangat rapat ngan budak tu mungkin boleh faham apa yang mamaonie rasa. Entah la. Anyway harap semuanya okay. Da da, mama, Onie dan baby sentiasa di bawah peliharaanNya. Kami semua sihat sejahtera. Ok, times to go. Got something to do. Till now, bye bye.
Posted at 22.2.08 by fadilahbakri
Permalink
Tuesday, January 29, 2008
Salam. Sedar tak sedar nak abis dah januari 2008. Bulan ni macam tak rasa sangat. Pi keje pun tak sampai seminggu sebab mama onie admitted kat Hospital Putrajaya, dapat mc almost 2 weeks tambah lagi cuti seminggu. Kesimpulannya, banyak habis masa di luar opis. Hari ni dalam keadaan serba kekurangan kat bilik ni, berhabuk tak ingat punya, dapat jugak masuk bilik dan menghadap pc. Banyak kerja menimbun, tapi badan dah rasa penat sangat. Macam-macam hal la jadi dalam bulan ni. Tak sangka betul kena admit dekat hospital. Bak kata Da da, tak sah mama tak masuk hospital kalau pregnant. It same goes to during first pregnancy. Seminggu dok wad sbb morning sickness. Punyala berikrar dari awal pregnancy tak mo masuk wad sbb morning sickness, tetiba kes kali ni lagi complicated. Betul-betul mengacau-bilaukan keadaan kami waktu tu. Serius whatever happen, unless mmg sakit sangat baru nak pergi hospital. Pengalaman 2 malam kat sana, walau macam sekejap bunyinya tapi trauma betul. Bukan sbb staff - nurse or doktor yang teruk, tapi sbb diri tak bersedia utk berada di sana. Tambah lagi waktu tu wedding odie dan ca, ingat auni jer selalu dan yg penting last few weks earlier, mamaonie dan da da busy sangat tak leh spend together. Bila da da balik for weekend mama pulak out station pi mana-mana. So, rasanya dok kat hospital dapatlah muhasabah diri dengan apa yang terjadi. Belajar mensyukuri nikmat selama ni. Menangis-nangis dengan doctor nak discharge jugak walau dr kata dierorg boleh tahan mama sampai delivery nanti. Lama tu lagi 3 bulan! That's why la biler discharge hospital, dapat mc 2 weeks mamaonie apply lagi cuti utk 1 week. Nak spend lama ngan keluarga. Ikut da da menghabiskan masa kat atas gunung sana. Aman jer suasana, relaks dan adakalanya spooky gak la. Tapi biler da da nk balik semula, Auni merajuk dan mama rasa macam 1st time kena tinggal semula. Menangis!. Susah betul kawal emosi keadaan macam ni. Susah betul nak redha ngan apa yang jadi. Nak balik semangat kuat macam dulu-dulu. Adoiila. Baru sekarang rasa kuat sket eventhough rasa tak sabar betul nak tunggu da da balik semula. Auni pulak makin mengada-ngada. Kerenah dia makin menjadi. Mungkin dia faham, dia akan dapat adik tak lama lagi. Sekarang dah tak pakai pampers dah. Minum pun milo, tak mau lagi susu. Mulut punyalah bising. Apa yang kiter cakap boleh ajer dijawabnya. Tapi nak apa-apa, kalau tak menjerit, tak menangis tak sah. Biler kena marah lagilah menjadi. Yang kelakarnya dah pandai cakap sorry. Sorry mama, kakak mintak maaf. Lawak sbb sedar pun diri. Dia sangat pandai, sbb tu la da da memang sangat-amat manja kan. Drive pun letak atas riba. Geram mama dibuatnya. Tengok keletah dia, terbayangkan hati ibu-ibu yang kehilangan anak. Kes terbaru Sharlinie. Biler auni tidor sebelah mama malam-malam, selalu bayangkan pasti ibu-ibu yang kehilangan anak tertanya-tanya manalah anak mereka tidur malam-malam macam ni. letih betul dengan keadaan sekarang. Kenapa adanya org psiko macam ni. Apa dosa budak tu, kenapa di dera perasaan mak dan ayahnya. Sangat penat untuk bercakap hal-hal macam ni. Opis pulak, tak tau nak buat keje macam mana ni. Bilik kami yang sepatutnya mengalami minor rennovation tetiba jadi major rennovation. Tak tau depa charge kat duit mana. Hopefully tak effect sape-sape punya project. Sudahnya kami duduk dalam bilik yang berterabur dan berabuk. Kerja-kerja rennovation stop pulak sementara waktu sbb tunggu proses-proses dokumen(quotation, LO etc). Mereka yang penting-penting utk uruskan kerja-kerja tu sibuk di Kluang minggu ni. Adoilah nak gelak pun ada, nak nangis pun ada. Pasal kluang tu pun Alhamdullillah dipermudahkan. Mamaonie tak perlu pergi sbb ada org tolong coverkan. Rasa sangat terhutang budi. Kalau berkesempatan nanti mama akan gantikan pulak. Nak buat keje lab, tak sanggup la pulak. Takut admitted semula sbb kalau buat lab sure kena panjat memanjat, angkat mengangkat. So, rileks lah dulu 2,3 hari ni. So, kesimpulan utk entry yang berterabur ni, sepatutnya bulan ni jadi 'refreshment stage' utk kami sekeluarga. Tapi tak taulah macam mana sebenarnya yang terjadi. Tak macam refreshment pun. Mamaonie masih berdoa, segalanya dipermudahkan buat kami. Dan moga kiter semua sentiasa dilindungiNya. Tata.
Posted at 29.1.08 by fadilahbakri
Permalink
Wednesday, January 02, 2008
looking for a brighter 2008.. .
Salam.. actually ingat nk menulis sblm end of last year, tapi disebabkan banyak sangat hal yang ntah pe-pe, tak de mood sangat nak tulis. So, this is the 2nd day in 2008!. Banyak gak benda baru yg mama improve sejak pagi tadi. Contohnya bangun pagi-pagi so that tak kelam kabut kat jalan raya. Pagi tadi around 7 jer, semua benda kat dapu dah siap dimasak, so boleh imagine la pukul bape mama dah bangun. Around 7.25 kiter dh ready nak pi keje, awal 20 min dari biasa. muahaha. Doa nya agar tiap-tiap hari macam ni la awalnya. Aminn.. . Masuk ofis pun first thing yg kiter buat, pi kemas satu ofis. buang segala yang menyakitkan mata dan hasilnya mamaonie rasa sangat la penat walau hari pagi lagi. Rasa ada dua tiga benda nak angkut balik utk menambahkan keceriaan pejabat ni. Once dah ceria, mesti semangat kerja tu berganda-ganda.. (cheeh..poyoss sungguh). So, azam tahun ni, setiap hari pi kerja ada something dah plan dalam otak. Bukan maksudnya selama ni takde, tapi selalunya plan jangka panjang. seminggu or even worse sebulan. Tahun 2008 ni plan realistic sikit. tiap-tiap hari! Insya Allah mesti boleh buat la. So, before nak cakap pasal 2008, nak buat review sket ttg 2007. Rasanya quality of life at 2007 much much better dari 2006. Cuma, masalah living separately la yg masih jadi beban. Sejak mama preggy ni, lagi la rasa susah nk berpisah ngan da da. Adakah ia alasan semata-mata or sebenarnya kiter dah hampir ke boarder tahap kesabaran. Penat betul. Keadaan camni lagi la. Onie jadi lagi mengada-ngada eventhough kiterorg dah panggil kakak, badan cepat sangat penat (maklumlah berbadan dua), sebab tu selalu perlukan da da. Sebab keadaan macam ni la, kiterorg decide nak amik helper next year (tahun ni la!). Dah tak termampu dek badan nak uruskan sorang diri rasanya. Bukan masalah rumah utk dikemas ke, auni dan insya Allah adiknya susah diuruskan ker, tapi yg penting utk perjalanan hidup yg lebih teratur. Financial pun satu hal gak. Amik helper lebih jimat bulan-bulan compare antar umah baby sitter or nursery. Tolonglah urusan ini semua dipermudahkan. Pregnanacy kali ni pun lebih mencabar. Mungkin sebab badan penat ada budak kecik lain nak diuruskan, tapi memang mencabarlah dari segi check-up every month, complication (tak tentu pasal baru 20++ weeks dah leaking water bag) lepas tu macam-macam hal la. biler ingat pasal check up mmg rindu betul kat gynea yg lama. tapi tak mungkin la nak berulang semula ke sjmc utk pregnancy ni. Jauh tu subang-bangi. Takut banyak hal waktu nak delivery nanti. Pi check up kat medical centre biasa yang kiter rasa tak lah gah sangat pun kena charge sampai rm 200!. no medication, nothing! mmg panas betul. so, rasanya mmg nak tukar hospital. tawakal jer lah kat mana. kesian pulak baby ni, tapi tak pe ingat setiap yang jadi mesti ada hikmahnya. pasal leaking hari tu pun seriau jugaklah, tak tentu pasal jer. memang sedih ngan takut. takut baby tak survive. so, kiter more cautious la sekarang. tapi mmg tak leh nak elak jugak, hidup sorang-sorang ngan anak kecik mmg banyak benda yang kena urus sorang diri. tak de nya nak bermanja-manja ngan sesape. Sangat berdoa agar baby ni selamat dilahirkan nanti. So, kat bawah ni nak buat rumusan 2007 . Harapnya 2008 lebih membawa seribu kebahagian.
- Pindah umah baru- finally dok umah sendiri!
- Da da pi kursus kat China- lama dan jauh sangat. Sangat significance bagi relationship mama dan da da.
- Krisis di opis- lots of things could be learnt!
- The rest tak ingat sangat la pulak!
- Work - kerja dalam erti kata yang sebenar ( labwork, publications, project, seminar, couses etc)
- Financial- boleh start menabung utk diri sendiri dan anak-anak, tak banyak pun tak pe.
- Family- tambah lagi sorang, yea boleh mengulit anak kecik semula tahun depan, insya Allah!
- Mama- Da da - harap da da boleh transfer bawah. Harap everything will going smoother this year (difficult to describe here)
- Auni Sofia- being a wonderful sister dan di sembuhkan dari sakitnya.
- Helper- got somebody utk meringankan beban kami walau tak sure sungguh ke nak amik ni.
- lain-lain tak boleh nak pikir for the time being.
Anyway, moga yang kita idamkan mampu dicapai tahun ini. Insya Allah! till here, bye bye!
Posted at 2.1.08 by fadilahbakri
Permalink
Wednesday, October 31, 2007
Salam.. .Dah lama nak tulis entry ni. tapi setiap kali ilham datang mesti ada jer halnya. Sama ada black out atau keje yg tetiba menimbun atau upacara makan-makan yang tak sudah kat sini. Anyway tak silap hari ni baru 19 syawal. Dengan kemeriahan syawal yang dah tak berapa rasanya, onie sekelurga amik kesempatan nak ucapkan selamat hari raya dan mohon maaf zahir batin. Raya memang the best moment utk da da dan mamaonie (mama la especially). Cuma tahun ni, kemeriahan raya macam tak sekata. Ditambahkan lagi da da dah kena kembali bertugas nuun di atas gunung, so macam mandom jugak la raya tahun ni rasanya. Collection onie pun tak sehebat tahun lepas. Banyak faktor menyumbang keadaan ni sebenarnya. tapi tengoklah sampai hujung syawal nanti macam mana. Tahun ni kononnya berkobar nak buat open house. Maklumlah majlis naik rumah (house warming) pun kami tak buat lagi. Tapi disebabkan banyak sangat halangan, kami rasa open house kami di luar bulan syawal la. Mungkin untuk krismas, raya haji or tahun baru. Tengok la nanti. Cuma weekend ni adalah jugak upacara makan-makan untuk sahabat terdekat. tak sampai 10 orang pun. Ni terpaksa buat, sebab depa semua buat then sibuk suruh jugak buat. So, nasiblah korang makan pe nanti. Memang tak de makanan raya lah jawabnya, tengoklah tahap kerajinan mama dan da da onie nanti. Ni pun private function. Hopefully tak de lah terlepas cakap kat sesape yang kiterorg tak invite. Tak mampu dek badan nak ajak ramai-ramai. Banyak hal. Da da pun tak leh cuti lama, lagi la mama malas nak ajak ramai-ramai. Harap-harap majlis tu nanti berjalan dengan lancar. Aminnn.. . Sejak dari raya rasanya macam-macam perkara berlaku sekeliling kami. Tak tau nak mula dari mana, tapi bagi mamaonie ia betul-betul mengajar kita sesuatu. Dengan meriahnya raya, cuti lama dapat berkumpul adik-beradik, lepas tu tetiba da da kena bekerja semula. Rasa macam tunggang langgang hidup semula. Nak dekat sebulan da da bersama kami sentiasa, so biler da da kena balik bertugas memang first few days mama rasa down sangat. Rasa kosong yang lain betul. Onie toksah cakplah, tak berenti tanya da da nya kat mana. Sekarang rasanya perlahan-lahan dah boleh adapt semula situasi. Sebab da da memang tak leh lama-lama kat sini, tahun ni mama banyak jugak ke open house kawan-kawan seorang diri. kalau layan betul perasaan memang sedih jugak, tapi malas nak pikir. Selalu kena ingat da da ada tanggungjawab lain. Mama dan Onie kena redha dengan semua tu. Harap-harap tak berpanjangan la keadaan ni. Mama sangat berharap, kalau boleh da da dah kembali bertugas di sini tahun depan. Yup, for everyone yang tak tahu lagi (most people have already know) Insya Allah Onie akan jadi kakak tahun depan. This time tak sure sangat mama pregnant berapa bulan. Tapi kalau ikut Dr around 3 bulan. So, maybe dalam bulan April tahun depan kami akan menerima kehadiran orang baru. This is why mama sangat-sangat perlukan da da di sisi. Tak dapat nak imagine nak jaga dua anak seorang diri. Cuma betul lah depa cakap, Allah sentiasa melindungi kita. Pregnancy kali ni, eventhough sorang2 mama rasa kuat sket. Tak melepek sangat macam masa Onie dulu. Harapnya kekuatan ni berkekalan la hingga baby ni selamat dilahirkan. Aminn... . So, back to the raya story, beside citer sedih kena being apart semula dengan da da, apa yang berlaku dengan orang-orang rapat di sekeliling kami juga buat mama terpikir sesungguhnya hidup ini memang indah. Di kala usia senja, hidup pun dah dikelilingi cucu-cucu, masih diperlukan belaian dan perhatian macam baby. Merajuk dengan pasangan tentang perkara-perkara kecil sampai berminggu-minggu pun masih boleh terjadi. Mula-mula perkara ni buat mamaonie marah jugak, kenapa nak diperbesarkan perkara yang kecil, tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya mungkin inilah yang orang kata asam garam kehidupan. Lagi satu betul agaknya, hidup ini satu putaran roda. Sampai masanya mungkin kita akan berperangai macam baby semula. Perlukan perhatian lebih dari semua orang di sekeliling kiter. Tak lupa jugak kisah lelaki yang dah janji bertaubat, tak nak ulangi kesilapan lalu tapi masih tergamak melukakan hati pasangan. Ini pun hidupnya dah diperingkat senja. Dikelilingi cucu-cucu jugak. Tak faham or sebenarnya dah penat melayan kisah sebegini. Kalau betul lah keseronokan begitu masih dicari, bagi mamaonie biarkan saja. Tak ke mana sudahnya seronok tu. Tak faham jugak kenapa gadis yang masih terlalu muda, mungkin lagi muda dari kami boleh rasa ingin berdampingan dengan lelaki yang terlalu tua. Apa keserasian yang dicari? duit semata-mata? Semestinya generasi berbeza punya minat yang berbeza. Macam mana hidup dengan mereka yang tak punya minat yang sama dengan kita, kemudian corak kehidupan yang semestinya berbeza. mungkin jugaklah si lelaki yang berjiwa muda. sebab tu bagi mereka mudah kalau nak teruskan kehidupan bersama. Adoiii...penat kalau diingatkan perkara ni. Gossip yang tak sudah-sudah jugak menambahkan kemriahan aidilfitri tahun ni. Gossip insan biasa dengan vip berkeluarga memang selalu dapat perhatian. Cuma tak disangka ia berlaku pada sahabat yang amat rapat. Susah nak dinasihatkan kalau hati tengah berbunnga. Tapi disebabkan pengalaman sahabat baik juga, mamaonie nasihatkan pada mana-mana girls yang hadapi situasi macam ni fikirlah sewajarnya. Kalau betul hati kata suka, terimalah lelaki itu walau betapa usianya. Dah penat orang sekeliling mengata. Kalau kita memang jadi isterinya setidak-tidaknya kita tak rugi apa-apa. Tapi kalau tak ke mana hubungan itu, orang tetap akan menyalahkan kiter sebab se jejaka sudah berkeluarga. Tapi kalau memang hati tak mahu, amiklah langkah drastik dengan jangan melayan langsung dia. Buatlah apa saja, agar jejaka tak teruskan langkah seterusnya. Banyak sangat mangsa keadaan macam ni yang kiter dah jumpa. selalunya biler ia terjadi yang teruk di kata perempuan. Bukan lelaki. Yang terima akibat hingga usia mencecah senja juga perempuan, bukan lelaki. Dia dah berkeluraga. Punya isteri dan anak-anak, so dalam hal sebegini memang tak rugi apa-apa. perempuan juga yang menjadi mangsa. Aiii tolonglah ya Allah, lindungilah kami kaum wanita yang lemah ini. Ni semua antara cerita yang mengundang pelbagai emosi pada mamaonie. Mungkin jadinya di bulan syawal yang warna-warni, maka warna-warna cerita ni lagilah menyerlah nampaknya. Kisah sedih dalam berita yang selalu buat mama sedih. Kisah kejayaan angkasawan pertama kiter yang menggembirakan seluruh negara, buat mamaonie terpikir hidup ini memang cantik perjalananya. Life is beautiful. Cara kiter lihat dan alami sahaja menentukan bagaimana meriahnya hidup yang direncanakan oleh Ilahi. Entahlah, moga kiter tabah hadapi semua yang terjadi dan sentiasa di bawah lindunganNya. Oklah tak mo merepek panjang. Nak sambung kerja yang bertimbun terbelangkai. Kerja-kerja kat opis ni pun selalu menyesak jiwa dan raga. Mohon pada Ilahi agar semua dipermudahkan. Till then, tata.

Posted at 31.10.07 by fadilahbakri
Permalink
Wednesday, September 26, 2007
Al-Fatihah buat Nurin Jazlin Jazimin...
Salam.. . Actually macam tak nak tulis pasal ni. Bukan sbb tidak prihatin atau apa, tapi sbb sampai sekarang, macam seluruh rakyat Malaysia masih terasa sedihnya atas apa yang terjadi pada Nurin Jazlin. Walau tiada kaitan pertalian darah, somehow dalam hati memang rasa sayu sangat teringat apa yang terjadi pada si comel ni. Mungkin sebab naluri seorang ibu, apatah lagi ada seorang anak perempuan, rasa sedih, marah ngan sebak tu masih ada. Andai diberi peluang berjumpa keluarga dia, terutamanya ibu bapa dia, mungkin kiter yang akan menangis depan mereka. Selalu cakap dengan da da auni, tak dapat bayangkan saat-saat budak ni menjerit meminta tolong waktu disiksa. Kalau la kita ibu nya mesti perkara ni akan menghantui sepanjang hayat. Moga Allah tempatkan dia di kalangan orang yang soleh dan solehah. Moga Nurin damai di sana. Sentiasa di bawah lindunganNya, Insya Allah, tiada siapa yang boleh sakitkan Nurin lagi. Amin. This kind of story memang buat kiter sebak selalu. Sungguh besar cabaran menjadi ibu bapa pada hari ini. Tengok Auni tiap-tiap hari, macam-macam perasaan risau datang. Sekarang dia kecil lagi, apa yang dibuat, ke mana saja yang dia nak pergi dia masih perlukan ibu bapanya. Macam mana waktu dia makin membesar. Mampu tak kami sebagai ibu bapa terus mengawasinya. Takut betul ingat semua ni. Sedih rasanya macam mana lah manusia boleh tak berhati perut bila berhadapan dengan insan-insan kecil yang comel dan naif macam mereka. Tolonglah kami diberi kekuatan untuk terus lindungi mereka dari orang-orang atau binatang-binatang yang bertopengkan manusia ini. Moga yang bertanggungjawab menerima pembalasan sewajarnya. Mula-mula kehilangan Nurin ni, kita tak ikut sangat. Bukan sebab rasa tak menarik tapi sebab rasa mungkin ia akan jadi macam kes Yin. Hilangnya tak lama. Tapi lepas hampir sebulan, dah rasa pelik. Sejak mengikuti blog yang ditulis uncle nya lagi mama onie rasa kes ni lain dari lain. Dan hari tahunya budak yang dijumpai di PJ tu dia, lagilah berderai air mata. Kalau kiter jadi ibunya pasti detik-detik akhir dengan dia sentiasa jadi kenangan terindah. Tak tau lah macam mana nak luahkan. Anak yang dikandung sembilan bulan, ditatang macam minyak yang penuh, hilang dalam keadaan fizikal yang sempurna, tiba-tiba dijumpai dalam keadaan sampaikan pertama kali tengok dia, ibu bapa dia tak boleh kenal lagi. Besar sungguh dugaan dari Ilahi buat ibu bapa ni. Entahlah, memang sungguh tak dapat nak bayangkan andai kita yang diuji sebegitu rupa. Doa dan harapan kita, moga ini kes yang terakhir. Moga tiada lagi manusia yang berhati iblis macam ni. Moga Auni mahupun seluruh kanak-kanak di dunia ini dikasihi seperti mana mereka patut di kasihi. Moga kami ibu bapa hari ini sentiasa diberi kekuatan untuk melindungi insan-insan yang tidak berdosa ini. Ya Allah, dengarlah rintihan hati ini. Sekali lagi buat Nurin Jazlin Jazimin, moga aman tenang di sana. Kehilangan dia memang betul-betul beri kesan kepada seluruh warga Malaysia. Takziah untuk keluarga En Jazimin, moga tabah menghadapi Ujian ini. Till here, mamaonie dah tak tau nak tulis apa lagi. Tata.
Posted at 26.9.07 by fadilahbakri
Permalink
|
|
|